Nasib Greece dan zon Euro akan diputuskan

Nasib Greece dan zon Euro akan diputuskan

PARIS, 22 Jun (AFP) – Nasib Greece dan euro “akan diputuskan” pada hari ini, kata pesuruhjaya hal ehwal ekonomi EU beberapa jam sebelum euro zone mengadakan sidang kemuncak tergempar mengenai krisis hutang Athens.

“Kami hampir-hampir mencapai satu keputusan muktamad,” beritahu Pierre Moscovici kepada radio Perancis, menambah beliau percaya satu perjanjian mungkin dicapai pada sidang kemuncak untuk Greece mengelak satu kegagalan untuk membayar.

Cadangan terbaru yang dikemukakan oleh Greece “menuju haluan yang betul, mereka boleh menyediakan satu asas untuk pencapaian perjanjian, dalam perkataan lain, masih terdapat banyak yang dibincangkan,” kata beliau.

Namun “saya fikir kerajaan Greece telah memahami akhirnya bahawa ia perlu menghantar cadangan balas yang konkrit,” kata beliau.

Menteri Kewangan Perancis Michel Sapin juga mengalu-alu cadangan Greece, berkata “kerja berkualiti” telah dilakukan.

Presiden Eurogroup ketika sidang media kemuncak tergempar krisis hutang Athens. – Reuters
Presiden Eurogroup ketika sidang media kemuncak tergempar krisis hutang Athens. – Reuters

Sebelumnya, pejabat Presiden Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker berkata cadangan, yang dibutirkan oleh perdana menteri Greece dalam satu panggilan telefon dengan pemimpin Jerman, Perancis dan EU, menawarkan “asas yang baik untuk kemajuan.”

Greece dan pemiutang antarabangsanya sedang bergelut untuk menamatkan perbalahan selama lima bulan dan bersetuju dengan pembaharuan yang akan dilaksanakan oleh Athens untuk membuka pinjaman terbaru jaminan keluarnya bernilai berbilion euro tepat pada masanya untuk membuat bayaran pinjaman terbaru dan mengelak daripada kegagalan membayar pada 30 Jun.

Pemimpin 10 negara zon euro akan mengadakan sidang kemuncak tergempar mengenai krisis tersebut di Brussels pada lewat hari ini di bawah tekanan untuk mengelak Greece daripada gagal membayar, yang mungkin mendorong Athens meninggalkan zon mata wang tunggal.