Nasib Keiko belum diketahui

Nasib Keiko belum diketahui

LIMA, 5 Jun – Rakyat Peru akan mengundi dalam pilihan raya hari ini yang mana sama ada Keiko Fujimori, anak perempuan kepada bekas presiden yang telah dipenjarakan kerana jenayah kemanusiaan, akan menjadi pemimpin baru mereka.

Tinjauan pendapat pada saat-saat akhir, menunjukkan Fujimori, 41 tahun terikat dengan saingannya, bekas pe-ngurus bank Wall Street Pedro Pablo Kuczynski, 77 tahun.

Pilihan raya telah memaksa para pengundi berdepan dengan masa lalu suram negara Amerika Selatan itu.

Ramai yang tidak mempercayai Keiko Fujimori kerana ayahnya Alberto sekarang meringkuk dalam penjara ke-rana rasuah dan pembunuhan ke atas mereka yang dikatakan pengganas dalam tahun 1990an.

Yang lain berharap dia, seperti ayahnya akan mengambil pendirian keras berhubung keselamatan untuk menangani gelombang jenayah ganas.

Kedua-duanya berikrar menyelesaikan perpecahan sejak tahun-tahun suram konflik saudara pada tahun 1980-2000 yang melibatkan para pemberontak berhaluan kiri.

“Saya mahu menjadi presiden Peru untuk berusaha bagi perubahan, untuk membina sebuah negara yang makmur dan hebat yang bersatu dan rukun damai,” Fujimori memberitahu para penyokong pada perhimpunan kempen penutupnya lewat Khamis lalu. “Dengan sokongan kamu semua, saya akan mendapat penghormatan untuk menjadi presiden wanita pertama Peru.

Kuczynski, ahli ekonomi yang pandai bermain alat instrumen, flut, menekankan pengalaman panjangnya sebagai pengurus bank dan bekas menteri. – AFP