Nasib lelaki cabul anak saudara diketahui 20 Februari

Nasib lelaki cabul anak saudara diketahui 20 Februari

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Feb – Mahkamah Perantaraan di sini menetapkan 20 Februari untuk sebutan hukuman seorang bapa saudara yang berdepan empat pertuduhan mencabul kehormatan anak saudaranya.

Hakim Pengiran Hajah Hanani binti Pengiran Haji Metussain menetapkan tarikh itu selepas tertuduh yang namanya tidak dapat didedahkan bagi melindungi identiti mangsa mengaku bersalah, hari ini.

Tertuduh berdepan pertuduhan melakukan kekerasan mencabul kehormatan anak saudaranya yang berusia 14 tahun; berniat untuk ‘berbuat yang bukan-bukan’ dan cuba merogol mangsa.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu pada 22 Mei 2015, kira-kira jam 9 pagi di sebuah rumah di Daerah Tutong. Tertuduh juga berdepan tuduhan merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun pada 2013.

Kes dikendalikan bersama Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurjauinah binti Haji Kula dan Pengiran Azmeena binti Pengiran Mohiddin.

pg06_160204_mahkamah logo

ARTIKEL YANG SAMA