Nasib lelaki cabul remaja 16 tahun diketahui 10 Sept ini

Nasib lelaki cabul remaja 16 tahun diketahui 10 Sept ini

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160906_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Sept – Seorang lelaki tempatan yang didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang perempuan berusia 16 tahun akan mengetahui nasibnya pada 10 September ini.

Majistret Kanan Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar menetapkan tarikh hukuman itu ke atas Mohamad Husamuddin bin Awang Mohamad Yusra, 19, yang disabit melakukan ‘perbuatan tidak senonoh’ itu, dan pada masa yang sama menggunakan kekerasan dengan menumbuk tangan kiri, menampar muka mangsa sebanyak dua kali dan mencekik lehernya. Dia melakukan kesalahan itu pada 10 Januari 2015 sekitar jam 9:30 malam di kawasan Kampong Ayer.

Dia didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Pengiran Norsuzanawati binti Pengiran Haji Abas mengikut Seksyen 354A Kanun Hukuman Jenayah yang membawa penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi dari tujuh tahun, dan juga sebatan.

ARTIKEL YANG SAMA