Nasib lelaki M’sia ditentukan 1 Dis

Nasib lelaki M’sia ditentukan 1 Dis

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Mahkamah Majistret, hari ini, menetapkan 1 Disember untuk sebutan hukuman seorang lelaki warga Malaysia atas pertuduhan membawa masuk seorang remaja perempuan ke Negara Brunei Darussalam tanpa dokumen perjalanan yang sah. Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman menetapkan tarikh itu ke atas Mun Anak Unggie, 36, yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Dia didakwa membawa masuk remaja berusia 16 tahun itu ke negara ini dengan menggunakan pasport milik orang lain pada 23 November 2016 dan didakwa mengikut Seksyen 55(1)(b) Akta Imigresen, Penggal 17 yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi daripada tujuh tahun serta tidak kurang daripada tiga sebatan.

ARTIKEL YANG SAMA