Nasib lelaki tempatan diketahui Khamis ini

Nasib lelaki tempatan diketahui Khamis ini

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160824_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Mahkamah Majistret, hari ini, menetapkan 25 Ogos untuk sebutan hukuman seorang lelaki tempatan yang mengaku bersalah atas pertuduhan curi, memberi maklumat palsu kepada pihak polis dan mempamerkan plat pendaftaran palsu.

Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman menetapkan tarikh hukuman itu terhadap Muhammad Dzulfadli bin Kafli yang berusia 36 tahun.

Fakta kes menyebut, Muhammad Dzulfadli mencuri sebuah kereta di Kampung Sabun, Muara pada 26 Julai 2016 di mana pemilik kereta telah membuat laporan polis yang membawa kepada tangkapan tertuduh.

Ketika disoal siasat oleh polis pada 18 Ogos mengenai kereta yang dicuri itu, tertuduh memberikan maklumat palsu dan mengatakan dia hanya membantu rakannya untuk memindahkan kereta tersebut.

Polis yang membuat siasatan mendapati rakannya tidak tahu langsung mengenai kereta yang disebutkan tertuduh.

Tertuduh turut mencuri sebuah kereta di Kampung Serasa, juga pada 26 Julai dan kemudian mempamerkan plat pendaftaran palsu pada kereta itu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Vuina Song.

ARTIKEL YANG SAMA