Nasib pencuri di kapal diketahui Selasa ini

Nasib pencuri di kapal diketahui Selasa ini

Oleh Rafidah Jumat

 

pg10_161010_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Dua orang warga China yang mencuri dari pesawat Penerbangan Diraja Brunei (RB) akan mengetahui hukuman mereka pada 11 Oktober di Mahkamah Majistret di sini.

Jiuhui Peng, 40, dan Jun Qin, 28, mengaku bersalah di hadapan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid kerana mencuri barang kemas dan wang 7 juta rupiah milik salah seorang penumpang RB, pada 25 September 2016 dalam penerbangan dari Jakarta ke Brunei Darussalam. Mereka didakwa oleh Pegawai Pendakwa, Pengiran Hajah Nor’Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin di bawah seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang memperuntukkan penjara sehingga tiga tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya.

Jiuhui mengambil kesempatan untuk mencuri ketika hidangan disajikan dalam RB dengan membuka bahagian letak bagasi atas dan mencuri dari satu beg polo hitam. Dia kemudian pergi ke tandas pesawat dan diikuti oleh Jun Qin. Perbuatan mereka yang mencurigakan itu bagaimanapun disedari oleh salah seorang daripada pramugara bertugas yang turut terlihat Jiuhui membuka bahagian letak bagasi atas untuk mencari sesuatu.

Kedua-dua mereka diberkas sebaik pesawat mendarat.

Siasatan polis mendapati kedua-dua tertuduh berada dalam transit di negara ini, sebelum meneruskan penerbangan ke Hong Kong.

ARTIKEL YANG SAMA