Nasib perogol diketahui 22 Jun

Nasib perogol diketahui 22 Jun

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Seorang lelaki tempatan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol seorang perempuan di bawah umur.

Hibatul Wafi bin Mahari, 23, didapati bersalah oleh Hakim Pengiran Hajah Rostaina binti Pengiran Haji Duraman yang turut menetapkan 22 Jun untuk menjatuhkan hukuman.

Pendakwaan yang dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Pengiran Norsuzanawati binti Pengiran Haji Abas berjaya membuktikan kes di luar keraguan munasabah terhadap tertuduh.

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 17 tahun, dengan mengadakan hubungan seks di sebuah rumah di Kampung Sungai Paku, Telisai antara Oktober dan November 2011.

Tertuduh berdepan dengan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi daripada 30 tahun, dan sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

ARTIKEL YANG SAMA