Nasib pesara Zimbabwe bagai ‘di hujung tanduk’

Nasib pesara Zimbabwe bagai ‘di hujung tanduk’

HARARE – Mereka tidur di luar bank-bank, berjimat-jimat dalam makanan dan menjual bunga-bungaan di hospital-hospital. Selepas bekerja selama beberapa tahun, para pesara Zimbabwe bergelut untuk meneruskan hidup dalam usia tua di apabila ekonomi negara itu telah jatuh.

Dengan bank-bank kekurangan tunai untuk membayar pencen, Gift Kaondera-Shava, 80, bekas pemandu trak, konduktor bas dan penyelia kilang, kini bergelut untuk menyara diri dan keluarga anak lelakinya, tidak seorang pun berjaya mendapat pekerjaan.

“Banyak perkara tidak betul,” kata Kaondera-Shava, ketika berada di rumahnya di Chitungwiza, selatan Harare.

Meskipun beliau sekurang-kurangnya mampu bergantung pada pencen negeri sebanyak AS$89 dan pencen persendirian sebanyak AS$140 sebulan, baru-baru ini beliau tidak dapat mengeluarkannya dari bank.

Inflasi-melampau telah memusnahkan simpanan sebahagian besar warga emas sehingga Zimbabwe akhirnya melepaskan mata wangnya sendiri pada tahun 2009 dengan memihak kepada dolar AS.

John Charumbira bercerita mengenai kesukaran kehidupannya sehingga beliau berpindah ke kawasan perkampungan bagi mengurangkan perbelanjaan. – AFP
John Charumbira bercerita mengenai kesukaran kehidupannya sehingga beliau berpindah ke kawasan perkampungan bagi mengurangkan perbelanjaan. – AFP
Presiden Mugabe berikrar untuk terus berkuasa meskipun usianya sudah mencapai 92 tahun dan keadaan kesihatannya semakin menurun. – AFP
Presiden Mugabe berikrar untuk terus berkuasa meskipun usianya sudah mencapai 92 tahun dan keadaan kesihatannya semakin menurun. – AFP
Gift Kaondera-Shava menceritakan beliau terpaksa beratur sejam pada satu pagi untuk mengambil wang pencen di bank. – AFP
Gift Kaondera-Shava menceritakan beliau terpaksa beratur sejam pada satu pagi untuk mengambil wang pencen di bank. – AFP

Tetapi Zimbabwe masih gagal menghentikan kejatuhan ekonominya yang mana telah menyebabkan kekurangan teruk mata wang dolar. Bank-bank kerap kehabisan mata wang bagi para pelanggannya, dengan ATM kosong selama beberapa bulan.

Kerajaan telah menyatakan bahawa tidak lama lagi ia akan mencetak ‘nota wang’ sendiri yang sama nilainya dengan dolar AS bagi menangani kekurangan tunai.

Namun ramai bimbang dasar itu hanya akan menghidupkan semula inflasi-melampau, dan akan gagal menangani ekonomi yang ‘dikosongkan’ oleh rampasan tanah, perpindahan keluar, pengunduran pelabur, kemarau dan rasuah.

‘Titik bahaya’

Pada waktu malam di Harare, ia adalah satu pemandangan biasa untuk melihat warga pencen memasang khemah di luar bank-bank.

“Kami beratur selama beberapa hari untuk mendapatkan wang kami dan kadangkala kami diberitahu bank telah kehabisan wang, jadi kami pulang dengan tangan kosong,” kata Kaondera-Shava.

“Kami menuju ke arah titik bahaya. Bayangkan saya hanya dapat mengeluarkan wang pencen saya jika saya ikut beratur di bank tersebut pada jam 1 pagi,” katanya.

Bagi menambah pendapatannya, Kaondera-Shava bersama isterinya telah berpindah ke dalam dua buah bilik agar beliau dapat menyewakan lebihan bilik-bilik rumahnya, tetapi tidak ramai yang berminat untuk menyewa.

Seorang lagi pesara mengalami situasi yang lebih sukar, John Charumbira, 71, bersara pada tahun 2011 selepas 36 tahun sebagai hortikultur di jabatan taman-taman bandaran Harare.

Beliau hanya menerima pencen negeri sebanyak AS$60 sebulan, mendapatkan wang tunai tambahan dengan menjual bunga di sekolah-sekolah dan hospital-hospital.

Tetapi ia masih belum mencukupi untuk membayar ubat-ubatan prostatnya yang berjumlah AS$80 sebulan, yang sebelum ini dibayarkan oleh perkhidmatan bantuan bandar sehingga tahun lepas.

“Para doktor telah memberi amaran bahawa jika saya tidak memgambil ubat-ubatan itu, saya akan mengalami komplikasi yang akan memerlukan pembedahan, dan di mana saya akan mendapatkan wang untuk itu lagi?”kata Charumbira.

Penduduk Zimbabwe memenuhi kawasan pintu masuk sebuah bank untuk mengeluarkan wang. – AFP
Penduduk Zimbabwe memenuhi kawasan pintu masuk sebuah bank untuk mengeluarkan wang. – AFP

Meskipun keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan, beliau memelihara haiwan ternakan seperti ayam dan menanam sayur-sayuran di rumahnya yang terletak di kawasan perkampungan, di mana beliau berpindah bersama isterinya bagi mengurangkan perbelanjaan lain, kerana rumah itu tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.

Tiga daripada enam orang anak-anaknya telah pergi keluar negara untuk mencari pekerjaan.

“Saya tidak boleh bergantung pada mereka kerana mereka tidak terkecuali daripada kesukaran,” katanya.

“Saya masih boleh meneruskan kehidupan seharian dengan menjual bunga dan projek-projek lain. Saya tidak akan mampu bertahan jika hanya mengharapkan wang pencen.”

‘Terakhir menerima bayaran’

Presiden Robert Mugabe sendiri sudah berusia 92 tahun, dan kesihatannya semakin menurun, tetapi beliau telah berikrar mengekalkan kuasanya ketika ekonomi Zimbabwe dilanda pelbagai masalah.

Kerajaan telah membelanjakan sebanyak 97 peratus bajet ke atas haji-gaji para pekerjanya, dan terpaksa melambatkan pembayaran penjawat awan dan tentera-tenteranya disebabkan kekurangan wang.

Pengangguran adalah sekitar 90 peratus, dan negara itu berhutang kepada pemiutang termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia dan Bank Pembangunan Afrika sebanyak AS$9 bilion.

Pada bulan lepas, ramalan pertumbuhan ekonominya Zimbabwe adalah dari 2.7 peratus kepada 1.2 peratus, dengan menyalahkan penurunan itu disebabkan kemarau serantau, kekurangan pelaburan dan masalah wang tunai.

Itu telah mencipta satu situasi di mana para pesara sebagai ‘orang yang terakhir menerima bayaran’, menurut setiausaha agung Kongres Kesatuan Perdagangan, Japhet Moyo.

“Kehidupan sangat sukar bagi para pesara dan sebahagian pesara telah meninggal dunia dengan komplikasi kesihatan yang berkaitan dengan tekanan,” katanya.

“Kerajaan telah melupakan segala sumbangan para pesara ketika tahun-tahun aktifnya.”

Philemon Tsvinyai, 63, yang bersara pada tahun 2014 selepas bekerja selama 20 tahun di sebuah syarikat pembuatan benang, terpaksa bekerja dalam bidang itu lagi.

Tetapi beliau menegaskan bahawa beliau rasa lebih simpati terhadap kanak-kanak Zimbabwe.

“Saya mempunyai tujuh orang anak dan mereka juga bergelut. Saya rasa sangat simpati terhadap mereka,” katanya. – AFP