Nasib Van Gaal di hujung tanduk

Nasib Van Gaal di hujung tanduk

LONDON, 22 Dis (Agensi) – Manchester United sudah mengadakan perbincangan dengan wakil Jose Mourinho mengenai kemungkinan dilantik pengurus kelab berkenaan.

Ia sekali gus meletakkan kedudukan pengurus The Red Devils ketika ini, Louis Van Gaal dalam bahaya – kemungkinan besar akan dipecat.

Langkah memecat pengendali dari Belanda itu sudah diperkatakan dengan meluas apabila lembaga pengarah United mengesahkannya andai Red Devils tewas di tangan Stoke City pada pertemuan Sabtu ini.

United mengalami kekalahan ketiga berturut-turut, Sabtu lalu apabila tewas kepada Norwich City 2-1 di laman sendiri dan difahamkan kelab itu menyifatkan sudah tiba masannya untuk mencari pengganti Van Gaal.

Nasib van Gaal kini bagai di hujung apabila jawatannya mungkin akan digantikan berikutan persembahan buruk tersebut dalam saingan Liga Perdana. – Reuters
Nasib van Gaal kini bagai di hujung apabila jawatannya mungkin akan digantikan berikutan persembahan buruk tersebut dalam saingan Liga Perdana. – Reuters

Sumber terdekat United, berkata wakil Mourinho sudah mula berbincang mengenai kemungkinan pengendali kelahiran Portugal itu membimbing The Red Devils dengan dia sememangnya mengimpikan tugas itu sejak beberapa tahun lalu.

Jika ditawarkan kontrak bersama United, Mourinho jelas sudah bersedia dan tidak akan menolaknya.

Bagaimanapun, United difahamkan akan memberikan Van Gaal peluang sekurang-kurangnya dua lagi perlawanan bagi mengubah situasi yang melanda kelab itu ketika ini.

ARTIKEL YANG SAMA