Nasib Villa kini pasti

Nasib Villa kini pasti

LONDON, 17 April (AFP) – Persoalan penyingkiran Aston Villa di saingan Liga Perdana Inggeris akhirnya terjawab apabila mereka tewas 0-1 kepada Manchester United apabila bintang muda sedang meningkat, Marcus Rashford meledak jaringan ketujuhnya dalam 12 perlawanan, semalam.

Penyerang berusia 18 tahun itu yang juga membantu jaringan ketika suku akhir Piala FA bertemu West Ham pertengahan minggu lalu, meledak gol tunggal berkenaan pada minit ke-32 selepas menerima hantaran rendah daripada Antonio Valencia.

Kekalahan itu meletakkan Villa berada di tangga tercorot dengan 15 mata di bawah zon selesa dengan hanya 12 mata maksimum pada musim liga yang berbaki empat perlawanan lagi.

Kekalahan Aston Villa ke atas Manchester United kini memastikan bahawa mereka akan terkeluar dari persaingan Liga Perdana Inggeris musim depan. – AP
Kekalahan Aston Villa ke atas Manchester United kini memastikan bahawa mereka akan terkeluar dari persaingan Liga Perdana Inggeris musim depan. – AP

Villa yang berada di bawah pengendali sementara, Eric Black selepas pengurusnya Remi Garde disingkir bulan lalu, hanya melakar tiga kemenangan dalam 34 perlawanan liga kempen kali ini dan kekalahan itu menyingkirkan mereka ke kancah divisyen dua bola sepak Inggeris buat pertama kalinya dalam tempoh 29 tahun.

“Kami sedang kecewa,” kata Black. “Saya fikir mereka akan bermain mati-matian. Akan ada pihak yang akan memastikan Villa kembali lagi, saya yakin dengannya.”

“Sementara itu pengurus United, Louis van Gaal mengkritik corak permainan pasukannya dengan berkata: “Saya tidak gembira dengan prestasi pasukan. Kami harus menamatkan perlawanan lebih awal dan hari ini kami tidak melakukannya.”

ARTIKEL YANG SAMA