NATO kekal penting bagi AS

BRUSSELS, 15 Feb – Ketua Pentagon baru, James Mattis berkata bahawa NATO adalah “asas kukuh” bagi Amerika Syarikat apabila beliau cuba meyakinkan kebimbangan rakan-rakan negara mengenai komitmen Presiden Donald Trump.

“Pakatan kekal satu asas kukuh buat Amerika Syarikat dan bagi semua komuniti trans atlantik, terikat kerana kita bersama-sama,” Mattis berkata apabila dia bertemu dengan rakan-rakan sejawatannya di Brussel buat kali pertama.

“Dan seperti apa presiden Trump telah nyatakan, dia mempunyai sokongan kuat buat NATO,” tambah bekas jeneral marin, yang mana beliau sendiri pernah bekerja bersama pakatan itu.

“Saya di sini untuk mendengarkan daripada rakan-rakan menteri saya, untuk mengadakan perbincangan terbuka dalam kalangan kawan dan sekutu mengenai ke mana kita akan pergi dan tahap komitmen yang dikongsikan.”

James Mattis ketika bersalaman dengan rakan sejawatannya dari Britain, Michael Fallon di ibu pejabat NATO di Brussels. - AFP
James Mattis ketika bersalaman dengan rakan sejawatannya dari Britain, Michael Fallon di ibu pejabat NATO di Brussels. – AFP

Sekutu-sekutu NATO telah melahirkan kebimbangan mengenai ulasan-ulasan Trump sebagai presiden yang dilantik mengatakan pakatan itu adalah “lapuk”, dan juga pendirian beliau nampaknya lebih lembut ke atas Rusia.

Mattis bagaimanapun menegaskan pentadbiran Trump, seperti pentadbiran Obama sebelum ini, menjangkakan sekutu-sekutu NATO untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan mereka.

“Ia benar-benar sesuai, sebagai menteri pertahan Eropah berkata minggu lepas, ia adalah permintaan adil bahawa kesemua yang mendapat manfaat daripada pertahanan terbaik di dunia membawa kadar bahagian mereka daripada kos yang perlu untuk mempertahankan kebebasan,” tambahnya. – AFP