NATO lancar latihan tentera terbesar

NATO lancar latihan tentera terbesar

BRUSSELS, 2 Okt (AFP) – NATO telah melancarkan latihan tentera terbesarnya sejak 2002 pada Sabtu, menempatkan 36,000 tentera perikatan bagi menguji kebolehan mereka di Itali, Sepanyol dan Portugal untuk merangsang kesediaan di sebalik krisis Ukraine.

“Trident Juncture” berlangsung bermula Sabtu hingga 6 November dan melibatkan kakitangan dari lebih 30 buah negara, menurut Pusat Pemerintah Angkatan Bersenjata Pakatan NATO yang berpangkalan di bandar Brussum Belanda dalam laman webnya.

Latihan itu juga akan melibatkan Kanada, Norway, Jerman, Belgium dan Netherlands, bersama-sama dengan operasi di Atlantik dan Mediterranean.

“Trident Juncture 2015 akan menunjukkan tahap cita-cita tinggi baru NATO dalam taktik perang moden bersama dan akan menampilkan perikatan barisan hadapan yang berkebolehan dengan dilengkapi keupayaan dan kapasiti

untuk memenuhi cabaran keselamatan kini dan masa depan,” menurut pusat arahan.

Latihan yang lama dirancang ini telah membawa maksud baru selepas penaklukan Rusia ke atas Crimea tahun lepas dan sokongannya ke atas pemberontak pro-Moscow di timur Ukraine.