NATO seru Rusia henti serang Syria

NATO seru Rusia henti serang Syria

BEIRUT, 6 Okt (AFP) – NATO semalam menyeru Rusia supaya menghentikan serangan udara di Syria dan memberi amaran pencabulannya di ruang udara Turki ketika serangan yang berisiko mencetuskan ketegangan, beberapa hari selepas campur tangan ketenteraan Moscow bermula.

Turki juga memberi amaran Moscow berhubung pencerobohan seterusnya selepas jet-jet F-16 Turki memintas jet pejuang Rusia yang terbang di ruang angkasanya berhampiran sempadan Syria pada hujung minggu.

Dua jet Turki juga diserang oleh MIG-29 yang tidak dikenal pasti di sempadan Syria, menurut tentera Turki, yang mempunyai bilangan tentera kedua terbesar dalam NATO selepas AS.

“Peraturan pertempuran kami adalah jelas kepada sesiapa saja yang mencabuli ruang udara kami,” Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu berkata.

“Pasukan Tentera Turki jelas telah memberikan arahan. Meskipun hanya seekor burung yang terbang, ia akan dipintas,” tambahnya, ketika tidak memandang serius idea ‘krisis Turki-Rusia.’

Kapal terbang perang Rusia telah terbang di ruang udara wilayah Syria sejak Rabu lalu, dan melancarkan serangan udara ke atas apa yang menurut Moscow sasaran milik pejuang jihad Kerajaan Islam di wilayah utara dan tengah negara itu.

Pihak Barat menuduh Moscow menggunakan serangan itu sebagai menutup serangan penentang sederhana sekutu Rusia, Presiden Bashar al-Assad.

Selepas mengadakan pertemuan tergempar dengan 28 negara anggota. gabungan ketenteraan Barat, NATO, menyeru Rusia supaya ‘segera menghentikan serangannya ke atas penentang dan masyarakat awam Syria.”

Ia juga memberi amaran tentang pencabulan ruang udara Turki, dengan mengatakan dalam satu kenyataan selepas pertemuan itu bahawa sekutu-sekutu ‘mengingati tentang bahaya buruk tindakan tidak bertanggungjawab seumpama itu.’

ARTIKEL YANG SAMA