NATO tidak terbabit

NATO tidak terbabit

BELGIUM, 25 Jun (AFP) – Setiausaha Agung Pakatan Atlantik Utara (NATO) Jens Stoltenberg berkata semalam gabungan tidak akan membabitkan diri dalam perlumbaan senjata dengan Rusia tetapi mesti bertindak balas terhadap “tindakan agresif” Moscow di Ukraine.

Menteri-menteri pertahanan dijangka meluluskan langkah-langkah termasuk menambah dua kali ganda pasukan respon pantas Nato, sementara AS pada Selasa mengumumkan ia akan menempatkan lebih awal senjata berat di kawasan timur gabungan.

Rusia telah mengecam tindakan tersebut sebagai provokasi gaya Perang Dingin sementara mempertingkat angkatan bersenjatanya sendiri, termasuk dengan lebih daripada 40 peluru berpandu balistik nuklear baru pada tahun ini.

“Kami tidak akan diheret dalam perlumbaan senjata tetapi kami mesti mengekal keselamatan negara kami,” kata Stoltenberg ketika mesyuarat bermula di Ibu Pejabat NATO di Brussels.

“Apa yang telah dilakukan oleh Rusia di Ukraine bukan bersifat mempertahankan diri; untuk memisah Crimea merupakan satu perbuatan penindasan.”

Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg pada sidang media di ibu pejabat NATO di Brussels. - Reuters
Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg pada sidang media di ibu pejabat NATO di Brussels. – Reuters

Stoltenberg tidak menghebohkan kebimbangan kembali kepada keadaan teruk Perang Dingin, menegaskan respon Nato adalah “bersifat mempertahankan diri, seimbang dan sejajar dengan kewajipan antarabangsa kami.”

“Rusia terus menghantar tentera dan bekalan ke timur Ukraine. Tidak timbulnya keraguan Rusia bertanggungjawab terhadap perbuatan agresif di Eropah,” kata beliau.

Jika 28 anggota gabungan tidak memberi respon, maka ia merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian, kata beliau, menambah NATO “akan terus berusaha untuk menjalin hubungan lebih membina dengan Rusia.”