Nature Adventure terokai keindahan Wasai Bedanu, Sapok

Nature Adventure terokai keindahan Wasai Bedanu, Sapok

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 8 Mei – Rombongan seramai 32 orang terdiri daripada Kumpulan Nature Adventure Negara Brunei Darussalam pagi tadi telah mengadakan lawatan dan mendaki ke gua, Wasai Bedanu dan Wasai Sapok di Kampung Kiudang, Tutong.

Hadir mengalu-alukan rombongan yang diketuai oleh Awang Mohd Rufian Rahman ialah Ketua Kampung Kiudang, Haji Mohd Saiful bin Abdullah Anja; Setiausaha Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kiudang, Haji Saifulbahri bin Haji Umarali dan ahli-ahli MPK dan kejiranan Kampung Kiudang.

Sebelum menuju ke wasai berkenaan, rombongan berkumpul di Gerai Muafakat Kampung Kiudang bagi mendengar sesi taklimat mengenai wasai-wasai dan kampung berkenaan yang disampaikan oleh Haji Mohd Saiful dan diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Haji Saifulbahri.

Antara tujuan lawatan Nature Adventure yang merupakan salah satu aktiviti pertama kali mereka yang diadakan di Kampung Kiudang itu, adalah untuk menjejaki lebih dekat tempat-tempat destinasi pelancongan menarik yang terdapat di kampung tersebut.

Rombongan Nature Adventure bergambar ramai bersama ketua Kampung Kiudang, setiausaha MPK Kiudang, dan ahli-ahli MPK dan kejiranan Kampung Kiudang, Tutong.
Rombongan Nature Adventure bergambar ramai bersama ketua Kampung Kiudang, setiausaha MPK Kiudang, dan ahli-ahli MPK dan kejiranan Kampung Kiudang, Tutong.
Rombongan semasa berada di Wasai Bedanu dan Wasai Sapok di Kampung Kiudang, Tutong.
Rombongan semasa berada di Wasai Bedanu dan Wasai Sapok di Kampung Kiudang, Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA