Navas: City tak boleh leka

Navas: City tak boleh leka

MANCHESTER, 8 April (AFP) – Manchester City menghampiri satu tempat separuh akhir Liga Juara-Juara tetapi Jesus Navas memberi amaran mereka tidak boleh bertenang apabila kembali semula ke aksi Liga Perdana esok.

Keputusan seri 2-2 City di Paris St-Germain dalam perlawanan pertama suku akhir menjadikan mereka pilihan untuk mara ke dalam empat kelompok terakhir berikutan pertemuan timbal balik pada Selasa depan di Eastlands.

Tetapi sebelum itu, City akan menerima kunjungan dari West Bromwich Albion ketika mereka berusaha untuk memastikan mereka tidak bergantung harap ke atas kemenangan Liga Juara-Juara untuk menjamin kembali beraksi sekali lagi dalam perlawanan itu musim depan.

Dan City tahu mereka tidak dapat menerima gangguan memandangkan mereka memburu bagi menyelamatkan penyudah empat kelompok teratas – tidak mengira sama ada mereka akan memenangi perlawanan kelab elit Eropah buat kali pertama.

Navas memberi amaran Citizens tidak boleh bertenang apabila kembali semula ke aksi Liga Perdana. – Reuters
Navas memberi amaran Citizens tidak boleh bertenang apabila kembali semula ke aksi Liga Perdana. – Reuters

Pasukan Manuel Pellegrini pada masa ini berada di tangga keempat, tetapi hanya satu mata di depan Manchester United dan tiga mata di depan West Ham.

Kemenangan 4-0 di Bournemouth Sabtu lalu adalah kemenangan kedua mereka dalam tujuh perlawanan liga dan juara 2014 itu belum memenangi perlawanan liga di tempat sendiri sejak pertengahan Januari.

West Brom yang berada di pertengahan kedudukan, dengan hanya sedikit untuk dipamerkan, tidak pernah mencatatkan kemenangan di Eastlands dan jika menang Sabtu ini, ia akan memberikan City dua kemenangan ke atas pasukan Midlanders bagi musim kelima berturut-turut.

Tetapi pemain sayap dari Sepanyol Navas mengakui City tidak boleh leka ketika mereka memburu bagi menghindarkan kejatuhan empat hari sebelum salah satu perlawanan terbesar dalam sejarah kelab itu.