Navas wira, Real kekal teraju La Liga

Navas wira, Real kekal teraju La Liga

MADRID, 25 Okt (dpa) – Real Madrid berseorangan di tangga teratas Liga Sepanyol selepas kemenangan 3-1 semalam ke atas Celta Vido yang menduduki tempat kedua.

Perbezaan utama di antara kedua-dua pasukan ialah ketajaman mereka di depan pintu gawang.

Penjaga gawang Real, Keylor Navas memberikan satu lagi permainan yang sensasi – dan pemain pertahanan Celta, Gustavo Cabral pula menerima nasib diarah keluar padang.

“Kami tahu ia bakal merupakan perlawanan yang sengit dan ia sememangnya sedemikian,” kata pemain midfield Real.

“Tidak banyak pasukan akan mencatatkan kemenangan di sini musim ini, saya fikir, jadi kita patut diberikan ucapan tahniah…Kami letih selepas bermain pada Rabu (di Paris Saint-Germain), tetapi kami berhak sepenuhnya untuk menang, itu pandangan saya.”

Jurulatih Real Rafa Benitez pula berkata: “Saya berharap pasukan lain akan bersedia bermain pada Sabtu, dengan sedikit rehat seperti kami alami minggu ini.

“Perkara terbaik mengenai hari ini ialah keputusan dan yang terburuk ialah usaha yang diperlukan untuk mendapatkan semua tiga mata, terutama selepas berhempas pulas pada pertengahan minggu.

“Selepas perlawanan pertengahan minggu kami menentang PSG dan bersaing dengan Celta, kami masih lagi mampu bertahan.”

Sementara itu pemain Celta, Fabian Orellana berkata: “Saya masih bingung bagaimana kami boleh tewas hari ini, dengan terlalu banyak peluang dan rembatan ke pintu gol.”

Sementara itu Cristiano Ronaldo menghasilkan gol pembukaan pasukannya pada minit ke-8 selepas menerima hantaran lintang daripada Lucas Vazquez.