NBA: AS pamer aksi tewaskan Argentina

NBA: AS pamer aksi tewaskan Argentina

LOS ANGELES, 24 Julai – Kevin Durant menjaringkan 23 mata dan DeMarcus Cousin mencatatkan 15 rebounds ketika pasukan Amerika Syarikat (AS) menewaskan Argentina 111-74 dalam persediaan pertama bagi Olimpik Rio de Janeiro.

AS adalah pasukan pilihan untuk memenangi pingat emas Olimpik ketiga di bawah jurulatih Mike Krzyzewski, biarpun ketiadaan pemain bintang NBA seperti LeBron James dan Stephen Curry.

Masih ramai pemain NBA berbakat, dan ia dilihat pada Jumaat lalu di Las Vegas.

Paul George, bintang dari Indiana Pacers kembali ke tugasan bersama pasukan AS selepas mengalami patah kaki yang mengancam kerjayanya dalam persediaan ke Piala Dunia 2014, menambah 18 mata dari bangku bagi pasukan AS, yang beraksi bersama–sama selepas empat hari mengadakan latihan.

Pada separuh masa pertama, AS mendahului 56-33, menyaksikan Argentina dengan tekanan di bahagian defensif.

Carmelo Anthony mencatatkan tiga steal dan Cousin dua dalam 20 minit pertama dan pasukan AS menguasai 23 turnover menjadi 36 mata.

Andres Nocioni menerajui Argentina dengan 15 mata. Pemain veteran pasukan San Antonio Spurs, Manu Ginobili menambah 11 dan Luis Scola 10.

Argentina bangkit pada suku ketiga, hanya melepaskan dua turnover dan membolehkan hos hanya melakukan satu rebound.

Tetapi pasukan AS menewaskan Argentina 24-8 pada enam minit pertama suku keempat. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA