NBA: Rockets tewaskan Sharks

NBA: Rockets tewaskan Sharks

LOS ANGELES, 4 Okt – James Harden menjaringkan 16 mata dan menyerahkan 10 asis ketika Houston Rockets melancarkan pra musim NBA mereka dengan menewaskan pasukan Shanghai Sharks 131-94 yang dibintangi oleh Yao Ming.

Sementara itu Yao, yang beraksi bersama Rockets bagi lapan musim NBA, menerima sambutan hangat di Houston, kelabnya dalam Persekutuan Bola Keranjang China melalui laluan sukar dalam perlawanan pertama di antara kedua buah pasukan dari dua liga yang diadakan di AS.

Yao, 36, berseloroh dia mencadangkan kepada pengurus besar Rockets, Daryl Morey bahawa jurulatih Mike D’Antoni “menggunakan empat pemain menentang kami.”

“Jelas NBA mewakili bola keranjang terbaik dunia,’ kata Yao. “Kami bernasib baik untuk berada di sini. Ia adalah ujian bagi kami untuk melihat pergerakan.”

Dalam apa juga langkah, Sharks mempunyai laluan untuk dilalui.

Aksi Harden ketika menentang pasukan Shanghai pada separuh masa kedua perlawanan bola jaring di Houstan. – AP
Aksi Harden ketika menentang pasukan Shanghai pada separuh masa kedua perlawanan bola jaring di Houstan. – AP

Rockets menjaringkan 72 mata pada suku pertama dan mendahului sehingga 40 dalam perlawanan pertamanya di bawah jurulatih baru D’Antoni.

Dua pemain import Yao, Jimmer Fredette dari AS dan pilihan draf pusingan pertama Boston Celtic, Guershon Yabusele dari Perancis, menerajui Sharks.

Fredette menjaringkan 33 mata dan Yabusele 24.

Kerjaya permainan Yao terjejas pada 2011 selepas mengalami kecederaan kaki.

Tetapi dia dimasukkan bulan lalu dalam Naisimith Memorial Hall of Fame dan jersinya nombor 11 oleh Rockets dalam acara pada 2 Februari, ketika separuh masa pertama perlawanan menentang Atlanta. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA