NBA-Warriors kalahkan Cavaliers pada perlawanan pertama

NBA-Warriors kalahkan Cavaliers pada perlawanan pertama

OAKLAND, Amerika Syarikat, 5 Jun (Reuters) – Pasukan Golden State Warriors yang diterajui oleh pemain paling berharga (MVP) Stephen Curry, berjaya mengalahkan Cleveland Cavaliers pada perlawanan pertama peringkat akhir NBA dengan 108-100 apabila perlawanan diganjakkan ke waktu tambahan semalam.

Curry meletakkan pasukannya di depan 102-98 pada waktu tambahan dengan dua pasang balingan percuma sebelum Harrison Barnes menjadikan 105-98 dengan balingan tiga mata yang berlangung di Oracle Arena, Oakland, menjadikan Cavaliers tidak mampu membalas balik.

“Kami mampu menyudahkan malam ini,” kata Curry di tepi gelanggang selepas Warriors mengatasi skor Cavaliers dalam jumlah balingan dari gelanggan 44.3 peratus berbalas 41.5 peratus dengan llima pemainnya berjaya menjaringkan dua angka setiap seorang.

“Jaringan tiga mata dari tepi (dari Barnes) membuka permainan ke atas dan mereka hanya menjaringkan dua mata di waktu tambahan, itu sangat besar.”

Stephen Curry (kiri) sewaktu beraksi di perlawanan tersebut. - AFP
Stephen Curry (kiri) sewaktu beraksi di perlawanan tersebut. – AFP

Jumlah jaringan seri 98-98 dengan masa lebih kurang 31.9 saat sahaja lagi tinggal sebelum percubaan Curry berjaya dihadang dengan hebat oleh Kyrie Irving dari belakang, lalu percubaan Lebron James juga tersasar di saat 3.6.

Perlawanan kedua Warriors dan Cavaliers akan disambung lagi pada hari Ahad.

ARTIKEL YANG SAMA