NBT Brunei anjur pameran bergerak

NBT Brunei anjur pameran bergerak

Oleh Anwar Rosly

 

BELAIT, 4 Mei – NBT Brunei, yang merupakan pengedar utama kenderaan Toyota di Brunei, menganjurkan pameran bergerak di Pusat Membeli-Belah KBSentral pada 6 hingga 8 Mei ini bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Pameran itu nanti antara lain akan menampilkan model kereta Toyota Fortuner dan Toyota Innova terbaru di samping Toyota Hilux, Toyota Camry, Toyota Wigo dan Toyota Altis.

NBT Brunei juga akan menawarkan beberapa promosi terkini dan peluang untuk memenangi hadiah.

Selain itu, beberapa aktiviti sampingan juga akan diadakan seperti penampilan maskot, pertandingan mewarna dan kuiz yang akan diadakan bermula sekitar jam 3 hingga 5 petang di atrium pusat membeli-belah berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA