NDP bantu 20 anak yatim

NDP bantu 20 anak yatim

Oleh Hajah Saemah Kepli

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Kira-kira 20 orang anak yatim ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah diraikan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Derma Anak Yatim anjuran Himpunan Wanita Pusat pertubuhan tersebut yang diadakan di Tungku, Gadong, di sini, hari ini.

Aktiviti berkebajikan tersebut merupakan program tahunan HAWA NDP yang antara lain bertujuan untuk menggembirakan kalangan anak-anak yatim selain berhasrat sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka dan memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri mereka tahun ini.

Selain itu aktiviti tersebut juga bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan tahun ini, dan juga untuk mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain.

Hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Himpunan Wanita Pusat, Dayang Kartini binti Abdul Manap, bersama barisan Exco Pusat HAWA NDP, setiausaha agung NDP, majlis-majlis tertinggi dan ahli-ahli jawatankuasa JASA.

Dayang Kartini menyempurnakan penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim para ahli NDP.
Dayang Kartini menyempurnakan penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim para ahli NDP.

Di samping majlis penyampaian derma anak yatim, Program Jejak Ehsan bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini juga akan diteruskan dengan me-ngunjungi rumah-rumah warga emas dalam kalangan ahli persatuan, sambil menghulurkan sedikit sumbangan sebagai tanda rasa keprihatinan kepada mereka terutamanya yang sedang terlantar sakit di kediaman mereka.

HAWA NDP juga telah menyertai sama kegiatan lainnya yang dikendalikan oleh pertubuhan tersebut termasuk aktiviti membersihkan tanah perkuburan, majlis bertadarus dan sebagainya, di sampiang akan menyertai junjung ziarah Istana Terbuka sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

 

ARTIKEL YANG SAMA