NEEDS projek murni untuk masyarakat

NEEDS projek murni untuk masyarakat

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Setiap orang mempunyai bakat dan keupayaan di samping kekuatan serta kelemahan mereka yang tersendiri.

Perkara itu juga tidak terkecuali bagi kanak-kanak berkeperluan khas di mana mereka mempunyai kekuatan dan keupayaan mereka yang tersendiri dan amat penting bagi mengenal pasti serta menggalakkan mereka menggunakan bakat mereka itu untuk menjadi lebih berdikari.

Perkara itu dinyatakan oleh Penolong Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), Dr. Mohammad Ayub Sadiq @ Lin Naing ketika berucap pada Perasmian Pameran Nurture, Encourage, Enable dan Different Abilites Showcase (NEEDS) yang berlangsung di Dewan Serbaguna UBD, hari ini.

Dr. Mohammad Ayub berkata pameran anjuran pelajar UBD itu merupakan satu projek yang amat dialu-alukan, bertepatan dan amat membanggakan kerana mereka memilih untuk melaksanakan kegiatan mendekati masyarakat.

Beliau berkata, UBD memberikan dan menggalakkan peluang kepada pelajar untuk mendekati masyarakat, mengadakan kerja-kerja pendekatan masyarakat serta projek semasa pengajian mereka dalam program GenNEXT.

Dr. Mohammad Ayub menerima cenderahati daripada Jawatankuasa NEEDS.
Dr. Mohammad Ayub menerima cenderahati daripada Jawatankuasa NEEDS.

pg04_151005_c

Dr. Mohammad Ayub Sadiq melekatkan pesanannya di atas papan pesanan khas di pameran itu.
Dr. Mohammad Ayub Sadiq melekatkan pesanannya di atas papan pesanan khas di pameran itu.

UBD juga memberikan mereka peluang untuk merasakan keseronokan dan keamanan melalui kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan kerana menjadi hasrat UBD untuk melahirkan graduan yang mempunyai pemikiran bersedia untuk berkhidmat bagi masyarakat dan komuniti.

“Kami menyasarkan mereka akan menjadi pemimpin masa depan yang baik untuk membangunkan dan menyumbang kepada negara dan masyarakat.”

Dalam hubungan itu, beliau berkata Program NEEDS yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar dari Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (PAPRSB) dan para pelajar UBD yang lain merupakan projek kemasyarakatan penting kerana ia dihasratkan untuk menjaga kanak-kanak berkeperluan khas dan masyarakat.

pg04_151005_e

pg04_151005_f

Di antara pameran dan permainan yang disediakan semasa pameran NEEDS.
Di antara pameran dan permainan yang disediakan semasa pameran NEEDS.

pg04_151005_h

Sementara itu, wakil jawatankuasa penganjur NEEDS, Awang Mohamad Haziq Emran berkata pameran itu merupakan projek bersama di antara para pelajar perubatan dari Institut Sains Kesihatan PAPRSB dan lima persatuan bukan kerajaan iaitu Persatuan Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNAB), Persatuan Kanak-Kanak Cacat (KACA), Persatuan Orang Kurang Pendengaran (OKP), Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam dan Pusat Bahagia Eric Goh, yang mana ia bukan sahaja dihasratkan untuk mengutip sumbangan bagi mereka yang berkeperluan khas malahan untuk menjana kefahaman dan kesedaran mengenai individu-individu berkeperluan khas di Brunei.

Beliau menyatakan harapan pameran NEEDS akan menggalakkan interaksi aktif di antara orang ramai dan mereka yang berkeperluan khas, menyediakan kegiatan dan permainan yang direka untuk mendidik orang ramai mengenai cabaran yang dihadapi oleh individu yang berkeperluan khas serta untuk mengetengahkan keupayaan golongan berkeperluan khas dari segi bakat dan keupayaan mereka sebagai sebahagian dari ahli masyarakat.

Semasa pameran itu, para pengunjung berpeluang untuk mendapat maklumat lebih mendalam mengenai pertubuhan dan persatuan orang berkeperluan khas serta peranan mereka di samping juga mengambil bahagian dalam pelbagai acara permainan yang menarik.

ARTIKEL YANG SAMA