Negara EU harus bersatu tangani kejutan Brexit

Negara EU harus bersatu tangani kejutan Brexit

PARIS, 26 Jun (AFP) – Kumpulan perniagaan di Perancis dan Jerman berkata hari ini negara EU harus bertindak terhadap keputusan Britain untuk keluar daripada blok dengan bekerjasama lebih erat untuk mengehad ‘pergolakan’ berpunca daripada kejutan Brexit.

Dalam satu rayuan bersama yang disiarkan dalam Journal du Dimanche di Perancis, pemimpin kumpulan industri BDI dan BDA yang berpengaruh di Jerman dan presiden persekutuan majikan MEDEF Perancis mengemukakan kes untuk kerjasama politik dan ekonomi yang lebih kukuh.

“Eropah mesti bersatu semula, memperolehi semula keyakinan dan mempertahankan diri,” tulis presiden ketiga-tiga kumpulan, Ulrich Grillo, Ingo Krame dan Pierre Gattaz.

Mendapati keputusan referendum pada Khamis di Britain telah menjerumuskan blok dalam ‘kawasan pergolakan’, pemimpin kumpulan industri berkata motor projek Franco-Jerman Eropah “adalah amat diperlukan untuk memperoleh semula kekuatannya.”

Seorang pembantu perdagangan bekerja di sebuah kedai pertukaran mata wang di London, Britain, pada 23 Jun 2016. Kumpulan perniagaan di Perancis dan Jerman berkata negara EU harus bertindak terhadap keputusan Britain untuk keluar daripada blok dengan bekerjasama lebih erat untuk mengehad ‘pergolakan’. – Xinhua
Seorang pembantu perdagangan bekerja di sebuah kedai pertukaran mata wang di London, Britain, pada 23 Jun 2016. Kumpulan perniagaan di Perancis dan Jerman berkata negara EU harus bertindak terhadap keputusan Britain untuk keluar daripada blok dengan bekerjasama lebih erat untuk mengehad ‘pergolakan’. – Xinhua

Mereka menggesa pemimpin Perancis dan Jerman supaya “mengingati komitmen mereka terhadap nilai-nilai Eropah” dan merangsang kerjasama Eropah mengenai dasar luar dan keselamatan, terutamanya dalam usaha memerangi keganasan.

Mereka juga menggesa ‘langkah segera dan boleh dipercayai untuk memperkukuh pentadbiran” kawasan euro dan berkata negara mereka harus melaksana “pembaharuan nasional untuk menjadikan ekonomi kami lebih kukuh dan lebih kompetitif untuk menjamin kemapanan model sosial kami.”

Beralih kepada rundingan Brexit, mereka berkata mereka berharap dapat “mencarta cara baru untuk bekerjasama dengan Britain” tetapi mengingatkan ia menghadapi risiko kehilangan “pasport kewangan” EU, yang membenarkan institusi kewangan dalam sebuah negara anggota beroperasi di seluruh blok tanpa menubuhkan kedai di dalam negara.

ARTIKEL YANG SAMA