Negara-negara EU diarah menderma

Negara-negara EU diarah menderma

BERLIN, 2 Dis (AFP) – Jerman mahu setiap negara Kesatuan Eropah untuk menyumbang ke tabung bantuan sebanyak tiga bilion euro (AS$3.2 bilion) bagi para pelarian Syria di Turki, mengatakan ia adalah persoalan mengenai ‘perpaduan Eropah’.

“Kesemua negara-negara anggota perlu menyumbang untuk membiayai sejumlah tiga bilion euro,” kata Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Jens Spahn memberitahu akhbar harian Sueddeutsche Zeitung dalam komen yang disahkan oleh kerajaan.

“Ia juga adalah persoalan mengenai perpaduan Eropah,” kata Spahn.

Jumlah itu adalah sebagai cagaran kepada Turki berikutan satu sidang kemuncak pada Ahad, namun butiran mengenai rang undang-undang bagi setiap negara-negara EU belum lagi dinyatakan.

Spahn mengatakan persoalan itu akan diutarakan dalam mesyuarat menteri-menteri kewangan EU minggu depan.

Turki mengatakan ia telah mengambil sekitar 2.2 juta pelarian dari perang saudara empat tahun Syria dan masih lagi mengekalkan ‘dasar pintu terbuka’ sementara memberi amaran kapasitinya untuk mengambil lebih ramai lagi adalah terhad.

ARTIKEL YANG SAMA