Negara-negara EU mungkin berdepan denda

Negara-negara EU mungkin berdepan denda

BRUSSELS, 4 Mei (AP) – Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) yang enggan untuk menerima pelarian di bawah cadangan untuk membaik pulih undang-undang pencari suaka EU yang gagal boleh berdepan dendaan besar bagi seorang pencari suaka.

Denda-denda itu adalah sebahagian daripada rancangan Suruhanjaya Eropah untuk didedahkan kepada umum hari ini untuk secara sama rata berkongsi beban menghoskan ratusan ribu orang yang lari daripada konflik dan keganasan dari tempat-tempat seperti Syria.

Satu dokumen yang dilihat oleh Associated Press menunjukkan bahawa denda-denda itu yang digelar “sumbangan perpaduan boleh mencecah sehingga 250,000 euro (AS$287,000) bagi setiap pencari suaka yang ditolak oleh sebuah negeri.

Di bawah undang-undang EU ketika ini, pencari suaka perlu memohon suaka di negara di mana mereka tiba pada awalnya. Bermakna terlalu membebankan negara Greece dan Itali.

Pelan itu masih perlu diterima oleh negara-negara ahli dan penggubal undang-undang EU.