Negara-negara G20 jamin rangsang perdagangan

Negara-negara G20 jamin rangsang perdagangan

SHANGHAI, 10 Julai – Dua puluh buah negara-negara ekonomi teratas dunia akan berusaha untuk memantapkan perdagangan global yang lembap meskipun kebimbangan kapasiti berlebihan, fahaman perlindungan dan ketidakpastian berhubung Brexit, kata menteri-menteri perdagangan G20 hari ini pada satu mesyuarat di Shanghai.

“Pemulihan global berterusan, namun ia masih tidak sekata dan tersasar daripada hasrat kita bagi pertumbuhan yang seimbang, mapan dan kukuh. Terdedah dan berisiko besar berterusan,” kata menteri-menteri perdagangan dalam kenyataan bersama, menambah bahawa perdagangan seharusnya kekal ‘enjin penting’ untuk memacu pertumbuhan global.

Negara-negara G20, yang memperhitungkan sekitar 85 peratus perdagangan global, mengakui fahaman perlindungan telah meningkat sejak krisis kewangan, dan berkata penyekatan perdagangan baru dalam kumpulan itu telah mencapai pendaftaran purata bulanan tertinggi sejak WTO mula memantau pada 2009.

“Kami maklum dengan kebimbangan bahawa meskipun jaminan berulang kali G20, langkah terhad yang banyak menjejaskan perdagangan dari segi barangan dan perkhidmatan terus meningkat,” kata mereka dalam kenyataan tersebut.

Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng (tengah) menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Menteri-menteri Perdagangan G20 di Shanghai pada 9 Julai. - AFP
Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng (tengah) menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Menteri-menteri Perdagangan G20 di Shanghai pada 9 Julai. – AFP

Menjelang mesyuarat itu, ketua ekonomi WTO, Robert Koopman memberi amaran bahawa langkah terbatas boleh menjejaskan industri-industri termasuk kargo pengangkutan udara, kargo laut, penjualan dan penghasilan automobil, perdagangan elektronik dan bahan-bahan mentah pertanian.

Negara-negara ekonomi terkemuka di dunia pada hujung minggu menjamin untuk menentang fahaman perlindungan perdagangan dan mengulang semula janji untuk tidak menambah langkah perlindungan baru sehingga 2018.

Perdagangan global dijangka akan tumbuh pada kira-kira 2.8 peratus pada 2016, menurut Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada April.

Dan pada tahun ini, ia dijangka akan menjadi tahun kelima berturut-turut di mana perdagangan tumbuh kurang daripada tiga peratus – paling lemah untuk mengekalkan parasnya dalam masa 30 tahun, kata Ketua Pengarah WTO, Roberto Azevedo pada Jumaat menjelang rundingan. – AFP