Negara raih pingat

Negara raih pingat

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Dis – Kontinjen negara baru-baru ini telah berjaya meraih pingat masing-masing dalam sukan ASEAN Para Games ke-8 yang berlangsung di Singapura.

Menurut kenyataan di sini, pasukan regu negara Awang Kamarul Ariffin bin Haji Abdul Ghaffar bersama Awang Saidin bin Haji Awang Damit berjaya meraih pingat emas dalam acara tenpin boling kategori mixed double TPB2 + TPB2 dan Awang Saidin bin Haji Awang Damit meraih pingat gangsa dalam kategori perseorangan TPB 2.

Sementara itu, dalam acara olahraga, Awang Sahri bin Haji Jumaat meraih pingat emas dalam acara rejam lembing (f54/55), Dayang An Nur Haiyyu binti Mohd Yussof pingat perak dalam lari 100m (T13) dan Dayang Norhensan binti Haji Mataha meraih perak dalam acara lontar peluru (F11/13).

Sebanyak 15 acara sukan dipertandingkan tahun ini, namun Brunei Darussalam hanya mengikuti empat acara sukan sahaja iaitu olahraga, tenpin boling, renang dan pingpong.

Regu tenpin boling negara (tengah) meraih pingat emas mereka.
Regu tenpin boling negara (tengah) meraih pingat emas mereka.

ARTIKEL YANG SAMA