Negara sahabat sampaikan takziah

Negara sahabat sampaikan takziah

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Negara-negara sahabat menyampaikan ucapan takziah dan turut bersama rakyat Republik Singapura bersedih dengan pemergian mendiang bekas Presiden Singapura, S R Nathan pada 22 Ogos lalu.

Para perwakilan dari negara-negara sahabat menzahirkan ucapan takziah mereka dengan menandatangani Buku Takziah bagi mendiang di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Singapura di Jalan Subok, hari ini.

Hadir semasa penandatanganan Buku Takziah dan untuk mengalu-alukan para perwakilan negara-negara sahabat di suruhanjaya tinggi berkenaan ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Lim Hong Huai.

Duta Jepun ke Brunei Darussalam, Noriko Iki menandatangani Buku Takziah di Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di ibu negara, kelmarin.
Duta Jepun ke Brunei Darussalam, Noriko Iki menandatangani Buku Takziah di Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di ibu negara, kelmarin.

Pejabat Suruhanjaya Tinggi Singapura membuka Buku Takziah untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin memberikan penghormatan kepada mendiang di Suruhanjaya Tinggi Singapura bermula kelmarin hingga 26 Ogos dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan pukul 2 petang hingga 5 petang.

Mendiang S R Nathan setentunya diingati atas kepimpinan dan komitmennya yang mendalam terhadap hal ehwal rakyat Singapura.

Dedikasi dan pencapaiannya dalam perkhidmatan awam pula akan sentiasa menjadi ingatan dan ristaan rakyat Singapura.

ARTIKEL YANG SAMA