Negeri ketujuh disokong

Negeri ketujuh disokong

SYDNEY, 23 Julai – Para pemimpin politik Australia hari ini menyokong penubuhan negeri ketujuh negara itu – Wilayah Utara – menjelang pertengahan 2018 dengan Perdana Menteri Tony Abbott mengakui bendera kebangsaan mungkin berubah.

Desakan bagi Wilayah Utara yang mempunyai penduduk seramai 244,000 tetapi meliputi kawasan luas, menjadi negeri telah diusahakan oleh Ketua Menteri Adam Giles yang mengatakan ia seharusnya ‘warga kelas kedua’ di Australia.

“Apabila kami berkumpul dan berbincang tentang persekutuan, adalah tidak sempurna bagi saya untuk tidak membangkitkan isu Wilayah Utara menjadi warga kelas kedua, dengan status tingkat kedua dalam negara,” kata Giles.

“Justeru itu saya sangat gembira mendapat sokongan daripada rakan sekerja pada rundingan dan kini akan melihat Wilayah Timur berusaha menjadi sebuah negeri menjelang 1 Julai 2018,” tambahnya selepas rundingan pemimpin enam negeri dan dua wilayah tanah besar Australia dengan Abbott.

Tidak seperti enam negeri – New South Wales, Queensland, Selatan Australia, Tasmania, Victoria dan Barat Australia – dua wilayah tanah besar negara, Wilayah Utara dan Wilayah Bandar Australia, mempunyai hak terbatas pemerintahan sendiri.

Tujuh wilayah lain, termasuklah Wilayah Antartika Australia dan Christmas Island hanya ditadbir oleh undang-undang persekutuan.

Abbott berkata dia tidak menyokong perubahan bendera negara – yang memaparkan versi kecil Union Jack bersama-sama kumpulan bintang-bintang – tetapi tidak membantah sebarang pengubahan juga.

“Jika bintang Komanwel bakal tujuh bintang dan bukan enam bintang, itu adalah perubahan yang tidak mungkin,” kata pemimpin Australia itu di sidang media.

“Saya akan mengatakan bahawa itu adalah evolusi dan bukan revolusi. Tetapi , kita semua mengakui bahawa ini adalah aspirasi lama pada bahagian Wilayah – dan kita bersedia bekerjasama dengan Wilayah untuk melihat bagaimana ia boleh dilakukan.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA