Nelayan lancar bantahan di pulau Laut China Selatan

Nelayan lancar bantahan di pulau Laut China Selatan

TAIPEI, 20 Julai – Ahli parlimen Taiwan dan nelayan hari ini menuju ke sebuah pulau di Laut China Selatan yang dipertikaikan untuk membantah perintah tribunal antarabangsa yang menjejaskan tuntutan Taipei di sana.

Lapan ahli undangan dari parti memerintah, Parti Progresif Demokratik dan parti pembangkang Kuomintang (KMT) menaiki pesawat udara tentera menuju pulau Taiping yang dikawal Taiwan di kepulauan Spartlys.

Lima bot menangkap ikan yang dihiasi bendera dan sepanduk Taiwan yang membawa perkataan “Lindungi Hak menangkap ikan, lindungi kedaulatan” juga belayar menuju Taiping dari wilayah selatan Pingtung, untuk membantah ancaman kepada kehidupan nelayan.

Para nelayan melambai-lambai ke arah orang yang menyaksikan, yang menjeritkan sokongan mereka dan membakar bunga api ketika bot mereka berlepas. Bot-bot itu akan tiba dalam masa lima hingga enam hari.

Bantahan dibuat selepas Mahkamah Tetap Penimbangtaraan di Hague mengeluarkan perintah minggu lalu bahawa China tidak mempunyai hak bersejarah kepada ‘sembilan garis satar’ di Laut China Selatan dan telah mencabuli hak kedaulatan Filipina di zon eksklusif ekonomi Manila.

Bot nelayan Taiwan kelihatan dalam perjalanan ke pulau Taiping. - AFP
Bot nelayan Taiwan kelihatan dalam perjalanan ke pulau Taiping. – AFP

Genting bagi Taiwan, ia juga memerintahkan bahawa Taiping, pulau terbesar di rangkaian Spartly adalah secara sah ‘batu besar’ dan bukan layak kepada zon eksklusif ekonominya sendiri yang menjejaskan tuntutan Taiwan kepada perairan sekeliling pulau itu.

Minggu lau Taiwan telah menghantar kapal perang ke Laut China Selatan ‘untuk mempertahankan wilayah maritim dengan Presiden Tsai Ing-wen mengumpul pasukan di dek kapal perang sehari selepas perintah itu.

“Perintah itu tidak dapat diterima sama sekali. Adalah perlu bagi kami melawat Taiping pada ketika ini untuk menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa bahawa ia adalah sebuah pulau, bukan batu besar,” kata ahli undangan KMT Johnny Chiang, yang juga sebahagian lawatan bantahan itu.

Para ahli undangan telah menyaksikan persembahan kemahiran gempur oleh pengawal pantai yang ditempatkan di Taiping dan juga melawat tempat kemudahan yang menunjukkan pulau itu mampu diri. Mereka dijangka pulang tengah hari ini. – AFP