Nelayan perlu pasang AIS

Nelayan perlu pasang AIS

TAWAU, 28 Sept – Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menyarankan nelayan di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (Esszone) memasang Sistem Pengenalan Automatik (AIS) pada bot masing masing bagi tujuan keselamatan.

Beliau berkata sistem AIS dapat memberi isyarat amaran atau kecemasan segera kepada pihak keselamatan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

“Para nelayan perlu membuat sedikit pelaburan wang dan merujuk kepada Kementerian Pertanian berkaitan pemasangan AIS,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. – Bernama