Nenek dan cucu terima hidayah

Nenek dan cucu terima hidayah

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 14 Ogos – Seorang nenek bersama cucu perempuannya telah melafazkan dua kalimah syahadah setelah memilih agama Islam sebagai pegangan hidup mereka, hari ini.

Dayang Lindon anak Orang Kaya Kaya Gimang dan cucu beliau Dayang Sarra Sazrina anak Irwani yang berasal dari Kampung Amo C Daerah Temburong telah melafazkan ikrar pengislaman di hadapan Pegawai Pengislaman Pusat Dakwah Islamiah.

Dayang Lindon, 61, telah memilih nama Islamnya sebagai Nurlina Liana binti Abdullah Gimang, manakala cucunya kini dikenali sebagai Siti Sarra Sazrina binti Abdullah Irwani.

Majlis pengislaman yang berlangsung di kediaman Haji Muhammad Azman bin Haji Asbi@ Hasbi di Kampung Batong, Jalan Kulapis, Mukim Pangkalan Batu, itu telah diserikan lagi dengan bacaan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai dan penyampaian cenderahati kepada saudara-saudara baru yang diraikan.

Menurut statistik seramai 585 saudara baru memeluk Islam dari Januari hingga Disember 2014, manakala itu dari Januari hingga Jun 2015 mencatatkan seramai 256 orang.

Dayang Lindon dan cucunya, Dayang Sarra Sazrina ketika melafazkan dua kalimah syahadah pada majlis pengislaman mereka.
Dayang Lindon dan cucunya, Dayang Sarra Sazrina ketika melafazkan dua kalimah syahadah pada majlis pengislaman mereka.

ARTIKEL YANG SAMA