Nenek hidupka...

Nenek hidupkan semula impian tenis

BUENOS AIRES, 9 Jan – Impian Ana Obarrio de Pereyra Iraola untuk menjadi bintang tenis telah terbantut pada tahun 1949 apabila suaminya telah melarangnya untuk terus bermain.

Dua puluh tahun kemudiannya, dia menumpukan sepenuh perhatiannya untuk membesarkan 10 orang anaknya.

Tetapi kini berusia 83 tahun, nenek warga Argentina itu telah menghidupkan semula impiannya. “Saya suka bersaing. Saya mahu menang,” katanya, ketika duduk di bawah terik matahari di kelab sukan Hurlingham di Buenos Aires.

Dia bercakap kepada AFP selepas memenangi Senior Masters Argentina bagi Kategori 80 Tahun Ke Atas.

Keluarga Obarrio menurutkan sahaja kemahuannya untuk bermain tenis. Dia bermula bermain tenis sejak kecil dan merupakan juara belia.

Pemain tenis senior, Anan Obarrio, 83, ketika beraksi dalam perlawanan tenis di Hurlingham, Buenos Aires Disember lepas. – AFP
Pemain tenis senior, Anan Obarrio, 83, ketika beraksi dalam perlawanan tenis di Hurlingham, Buenos Aires Disember lepas. – AFP

Tetapi budaya sosial lewat 1940-an di Argentina tidak memihak kepadanya selepas dia berkahwin dengan suaminya ketika berusia 18 tahun.

Tidak lama selepas itu, dia terpaksa melepaskan peluang untuk bermain dalam kejohanan antarabangsa.

“Suami saya tidak saya bermain beregu campuran dengan lelaki, saya tidak lagi bermain selepas itu,” katanya.

“Saya tidak menyesalinya. Kegembiraan terbesar saya adalah anak-anak saya. Selepas itu baru tenis.”

Dia meneruskan bermain dengan kawan-kawannya ketika berusia 40-an.

Ketika berusia 60-an, suaminya meninggal dunia, dan dia telah mula bertanding dengan serius sekali lagi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA