Nepal batal bayaran visa rakyat China

Nepal batal bayaran visa rakyat China

KATHMANDU, 27 Dis – Nepal akan menepikan bayaran visa untuk rakyat China, sebagai menghargai bantuan yang telah diberikan oleh negara jiran, terutamanya ketika kekurangan bekalan minyak yang teruk, kata pihak berkuasa hari ini.

China baru-baru ini menyumbang satu juta liter minyak kepada negara Himalaya yang telah mengalami penutupan sempadan berlarutan oleh negara jiran selatan dan rakan perniagaan utama, India.

“Ia diadakan sebagai tanda muhibah untuk mengucapkan terima kasih kepada China kerana membantu kami ketika menghadapi beberapa siri masalah baru-baru ini,” kata jurucakap Lembaga Pelancongan Nepal Sarad Pradhan.

Bayaran visa sebanyak 30 dolar yang dikenakan kepada warga asing yang melawat Nepal tidak lagi dikenakan kepada pelancong China.

“China juga membatalkan nasihat keselamatannya kepada rakyat yang melawat Nepal. Pelancong China menduduki senarai teratas warga asing yang melawat Nepal, maka ia juga dijangka menggalak lebih ramai pelancong,” kata Pradhan.

Beijing dan Kathmandu juga bersetuju pada minggu lalu untuk mempertingkat transit darat untuk perniagaan dua hala.

Nepal telah menghadapi mogok umum di selatan dataran sejak Ogos, di mana komuniti etnik Madhesi yang berkongsi hubungan erat dengan India telah membantah untuk mendapatkan autonomi yang lebih luas.

India telah menutup sempadan dengan Nepal, memetik sebab-sebab keselamatan, hanya membenarkan sejumlah bekalan yang terhad untuk melaluinya sejak 24 September. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA