Nepal buka sekatan sempadan

Nepal buka sekatan sempadan

KATHMANDU, 2 Nov (AFP) – Polis Nepal hari ini membakar khemah-khemah dan halangan penunjuk perasaan yang telah menyekat pusat pemeriksaan sempadan utama India, yang mengakibatkan kekurangan minyak, seorang penganjur bantahan berkata.

Etnik minoriti pembantah berasa marah dengan perlembagaan baru Nepal dan telah menyekat jambatan melintas di bandar Birhunj sejak 24 September lalu, menyekat bekalan penting dan memaksa catuan bahan api di negara Himalaya itu.

“Polis memukul beberapa penunjuk perasaan pagi ini dan membakar khemah-khemah kami, memaksa membuka sempadan untuk membolehkan lori-lori melintas,” kata Shiva Patel, setiausaha agung parti Sadbhawana serantau yang menyertai sekatan itu.

“Kira-kira 15 penunjuk perasaan telah cedera sementara polis menahan lima pembantah yang lain yang enggan untuk meninggalkan lokasi,” Patel memberitahu AFP.

Penunjuk perasaan Nepal melontar batu ke arah polis semasa pertempuran berhampiran sempadan Nepal-India di Birgunj, kira-kira 90 km ke selatan Kathmandu hari ini. – AFP
Penunjuk perasaan Nepal melontar batu ke arah polis semasa pertempuran berhampiran sempadan Nepal-India di Birgunj, kira-kira 90 km ke selatan Kathmandu hari ini. – AFP

Nepal selama ini mendapatkan bekalan minyak dari India, namun pergerakan kargo melintasi Birgunj, kira-kira 90 km (55 batu) selatan Kathmandu, dan pusat-pusat pemeriksaan sempadan India yang lainnya menjadi perlahan sejak protes bermula.

Ini telah mengakibatkan pihak berkuasa Kathmandu untuk menuduh New Delhi menyokong usaha penunjuk-penunjuk perasaan dan mengenakan “satu sekatan tidak rasmi” untuk menunjukkan rasa tidak puas hati dengan perlembagaan baru.

Walau bagaimanapun New Delhi menafikan dakwaan itu dan telah menggesa untuk berdialog dengan para pembantah, yang tergolong pada etnik minoriti Madhesi dan mempunyai budaya, bahasa dan pertalian keluarga yang dekat dengan warga-warga India yang tinggal berdekatan sempadan.

Patel berkata tindakan pihak polis itu menunjukkan pihak kerajaan tidak komited untuk menyelesaikan krisis itu melalui dialog.