Nepal, India mendatangani perjanjian perkongsian

Nepal, India mendatangani perjanjian perkongsian

KATHMANDU, Nepal, 21 Feb (NNN) – Nepal dan India, pada hari Sabtu lalu, menandatangani satu siri perjanjian dalam usaha untuk meningkatkan hubungan dua hala.

Perjanjian itu ditandatangani di Rumah Hyderabad di ibu negara India, New Delhi, di tengah-tengah kedatangan Perdana Menteri Nepal, KP Sharma Oli dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi.

Perdana Menteri Nepal kini dalam lawatan rasmi enam hari ke India, bermula pada hari Jumaat lalu.

Perjanjian termasuk memorandum persefahaman (MoU) mengenai penggunaan bantuan India bagi pembinaan semula selepas gempa bumi di Nepal, perjanjian kepada pengukuhan infrastruktur jalan raya, di dataran selatan Nepal dan juga perjanjian pengangkutan kereta api bagi kegiatan perdagangan dengan Bangladesh, dan lain-lain lagi.

Keduadua negara juga merasmikan talian penghantaran bersama Muzaffarpur-Dhalkebar. Bekalan awal 80 megawatt elektrik akan meningkat kepada 200 megawatt pada Oktober 2016 dan 600 megawatt pada Disember 2017.

ARTIKEL YANG SAMA