Nepal pinda perlembagaan

Nepal pinda perlembagaan

KATHMANDU, 22 Dis (AFP) – Kementerian Luar Nepal semalam berkata kerajaan bersedia untuk meminda perlembagaan baru negara itu dan menyelesaikan pertikaian lama dengar para pembantah dalam langkah yang disambut baik oleh negara jiran, India.

Lebih 50 orang terbunuh dalam pertempuran antara polis dan orang ramai yang membantah perlembagaan yang diperkenalkan September lalu selepas gempa bumi dahsyat sehingga mendesak parti-parti politik yang bertelagah mencapai perjanjian.

Para penunjuk perasaan dari minoriti etnik Madhesi, terutamanya dari dataran selatan Nepal, telah menyekat sempadan utama Birgunj dengan India, dengan mengatakan perlembagaan itu mengakibatkan mereka terpinggir dari segi politik.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sehari selepas polis membunuh seorang pembantah dalam pertempuran baru, kementerian luar berkata kabinet telah bersetuju menyokong rang undang-undang pindaan berperlembagaan yang akan menambah kehadiran Madhesi dalam badan-badan kerajaan menerusi perwakilan berkadar.

Suasana Parlimen Nepal semasa undian untuk meluluskan pindaan perlembagaan kelmarin. – AFP
Suasana Parlimen Nepal semasa undian untuk meluluskan pindaan perlembagaan kelmarin. – AFP

“Proses bagi pembentukan rang undang-undang pindaan perlembagaan dibincangkan dalam parlimen akan mendahului zamannya untuk memastikan penyertaan dalam kerajaan berdasarkan rangkuman berkadar,” menurut kenyataan itu.

Para pembantah juga mahu ahli perundangan meminda sempadan dalam negara yang dibentangkan dalam piagam yang menurut mereka akan mengakibatkan mereka kekurangan wakil dalam parlimen kebangsaan.

“Berhubung tanda sempadan wilayah-wilayah – mekanisme politik akan ditubuhkan, yang akan menyerahkan laporannya berserta rekomendasi dalam tempoh tiga bulan,” menurut kenyataan itu.

Nepal yang dilingkungi daratan begitu bergantung pada India bagi bekalan minyak dan bekalan lain, tetapi sedikit kargo menyeberangi sempadan sejak bantahan meletus, yang mengakibatkan Kathmandu menuduh New Delhi – yang telah mengkritik perlembagaan barunya, mengenakan ‘sekatan tidak rasmi’.

New Delhi menafikan dakwaan itu dan menggesa Nepal mengadakan rundingan dengan etnik Madhesi yang berkongsi rapat hubungan budaya, linguistik dan keluarga dengan penduduk India yang tinggal di seberang sempadan.

ARTIKEL YANG SAMA