Nepal runding Madeshi, Tharu

Nepal runding Madeshi, Tharu

KATHMANDU, 20 Sept (NNN) – Kerajaan Nepal telah membuat gesaan baru bagi rundingan dengan Madhesi dan kumpulan lain yang merunsingkan berhubung perlembagaan baru dengan meyakinkan rasa tidak puas hati mereka boleh ditangani melalui pindaan, sehari sebelum pengisytiharan statut yang mencetuskan bantahan.

Perdana Menteri Sushil Koirala merayu kepada kumpulan-kumpulan Madhesi dan Tharu supaya menarik balik gangguan mereka dan tampil bagi dialog, dengan mengatakan saluran keluar dari semua masalah boleh ditemui menerusi persetujuan dan kerjasama.

Dalam sidang media bersama tiga parti politik utama, Koirala berkata Perlembagaan baru menjamin hak semua dan meminta semua orang meraikan pengumumannya.

Pengerusi CPN-UML K P Sharma Oli berkata rasa tidak puas berhubung tanda sempadan wilayah boleh ditangani dalam hari-hari mendatang.

Menurutnya ruang bagi dialog masih terbuka dan isu-isu itu boleh diselesaikan melalui pindaan Perlembagaan meskipun selepas diisytiharkan.

Gambar menunjukkan aktivis Nepal daripada kumpulan Madhesi menentang perlembagaan baru di Kathmandu. - AFP
Gambar menunjukkan aktivis Nepal daripada kumpulan Madhesi menentang perlembagaan baru di Kathmandu. – AFP

Menurutnya semua isu seharusnya diselesaikan menerusi kerjasama, dan perpaduan dikalangan parti-parti politik.

Ketua UCPN-Maois, Prachanda berkata kebanyakan permintaan yang dibangkitkan oleh parti-parti Madhesi yang termasuklah pengagihan sijil kewarganegaraan, perwakilan bersekadar dan kemasukan telah pun digabungkan dalam perlembagaan.

“Satu-satunya isu yang perlu diselesaikan ialah tanda sempadan wilayah, yang boleh diselesaikan melalui penubuhan suruhanjaya,” katanya lagi.

Gesaan mereka bagi rundingan baru dibuat beberapa jam selepas Setiausaha Luar India S Jaishankar menamatkan lawatan dua harinya ke Nepal ketika mana dia menemui dengan para pemimpin tertinggi politik dan melahirkan sokongan padu India bagi proses pembentukan perlembagaan.

ARTIKEL YANG SAMA