Nepartak: China pecat 3 pegawai

Nepartak: China pecat 3 pegawai

BEIJING, 18 Julai – Agensi berita China berkata kerajaan telah memecat tiga pegawai selepas satu ribut tropika yang kuat membunuh 83 orang dan meninggalkan 19 yang lain hilang tatkala ia melanda pantai timur negara.

Agensi berita Xinhua berkata hari ini Taufan Nepartak, yang telah menjadi lemah menjadi ribut tropika apabila ia melanda China, merobohkan hampir 10,000 rumah di timur wilayah Fujian ibu ne-geri Fuzhou sejak seminggu lalu.

Daerah Minqing adalah yang paling teruk terjejas, melaporkan 73 kematian dan 17 orang hilang, dan bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi yang terputus.

Xinhua berkata penolong ketua parti dan pemangku ketua daerah, Huang Shiyang, dan dua pegawai lain telah digantung daripada jawatan mereka.

Nepartak mendarat di China pada 9 Julai. Pihak berkuasa berkata kira-kira setengah juta penduduk telahpun dipindahkan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA