Nerazzuri cuba kukuhkan cengkaman

Nerazzuri cuba kukuhkan cengkaman

MILAN, 18 Dis (AFP) – Inter Milan akan menghoskan Lazio yang berusaha untuk mengukuhkan cengkaman mereka dalam Serie A sebelum menghadapi ‘masa sukar’ untuk memenangi gelaran pertama sejak 2010 apabila aksi diteruskan pada Tahun Baru.

Pasukan Roberto Mancini adalah antara beberapa pasukan yang menguji keazaman Juve menjulang gelaran kelima berturut-turut dan mengukuhkan pendahuluan empat mata ke atas Fiorentina dan Napoli menjelang perlawanan 2015 di San Siro Ahad ini.

Juventus melonjak ke tangga keempat, ketinggalan enam mata dengan mencatatkan enam kemenangan liga berturut-turut selepas permulaan hambar mereka dalam kempen itu.

Dengan Roma ketinggalan di tangga kelima selepas beberapa kekecewaan yang memberikan tekanan ke atas jurulatih Perancis, Rudi Garcia, pendahulu Serie A itu mempunyai banyak alasan untuk ceria menjelang Tahun Baru.

Jurulatih Inter, Roberto Mancini bercakap kepada pemainnya, Stevan Jovetic (kiri) dan Adem Ljajic ketika menentang Genoa di Stadium San Siro, 5 Disember lalu. - Reuters
Jurulatih Inter, Roberto Mancini bercakap kepada pemainnya, Stevan Jovetic (kiri) dan Adem Ljajic ketika menentang Genoa di Stadium San Siro, 5 Disember lalu. – Reuters

“Kami gembira dengan banyak perkara yang berlaku setakat ini tetapi masih lagi jauh untuk dilalui musim ini,” kata Mancini selepas Inter mara ke suku akhir Piala Itali selepas membelasah pasukan Serie B, Cagliari 3-0, Selasa lalu.

“Kami meletakkan beberapa asas tahun lepas, sekarang banyak perkara yang lebih baik. Tetapi ia mengambil masa untuk membangunkan pasukan hebat dan kami terus bekerja. Terdapat masa sukar di depan tetapi kami gembira untuk berada di tangga teratas pada Krismas.”

Fiorentina menyerahkan Inter permainan kelas bola sepak terbaik dengan kemenangan 4-1 di San Siro September lalu tetapi dua kekalahan dalam masa empat hari meninggalkan La Viola keperluan yang penting untuk meningkatkan moral menentang Cheivo.

Pasukan Paulo Sousa, yang bertemu Tottenham pada pusingan Liga Europa seterusnya, tersingkir daripada Piala Itali dalam pusingan 16 terakhir pada pertengahan minggu berikutan kekalahan 1-0 kepada Carpi dari Serie A selepas tewas 3-1 di Juventus.

ARTIKEL YANG SAMA