Nestle agih 2,000 bungkus bubur lambuk

Nestle agih 2,000 bungkus bubur lambuk

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Julai – Sebanyak 2,000 bungkus bubur lambuk telah diagih-agihkan kepada orang ramai di majlis yang dianjurkan oleh Nestle Products Sdn Bhd di kawasan hadapan Pasar Gadong, di sini, petang ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran, Bandar Seri Begawan, Haji Mohammad Ali bin Mat Yassin dan hadir sama ialah Pengarah Urusan Jasra Harisson, Pengiran Haji Ahmad serta isteri.

Acara tahunan yang diadakan buat kali ke-5 itu menyediakan sebanyak empat kawah besar bubur yang kemudian dibungkus untuk diagih-agihkan kepada orang ramai yang berada di kawasan tersebut.

Tetamu kehormat majlis ketika mengagih-agihkan bubur lambuk kepada orang ramai.
Tetamu kehormat majlis ketika mengagih-agihkan bubur lambuk kepada orang ramai.
Tetamu kehormat (tengah) menerima cenderahati daripada Pengarah Urusan Jasra Harison (kiri) dan Cef Muluk (kanan).
Tetamu kehormat (tengah) menerima cenderahati daripada Pengarah Urusan Jasra Harison (kiri) dan Cef Muluk (kanan).