Nestle tamatkan tajaan IAAF

Nestle tamatkan tajaan IAAF

LONDON, 11 Feb – Pengeluar makanan dan bijiran sarapan terbesar dunia, Nestle memaklumkan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) bahawa mereka menarik diri daripada menjadi penaja badan induk itu selepas bimbang skandal doping menjejaskan akan imej mereka.

Pengumuman terbaru itu dilakukan ketika satu lagi penaja, iaitu Adidas masih berbincang dengan IAAF sama ada menarik diri sebagai penaja.

Ketika ini, IAAF di bawah kepimpinan Sebastian Coe, serius berbincang dengan penaja mereka bagi mengelak penamatan kontrak tajaan lebih awal.

Coe berkata, pihaknya sedih dan malu dengan pengumuman Nestle itu.

“Kami tidak dapat menerimanya, kanak-kanak akan terasa kerugiannya,” katanya menerusi satu kenyataan.

Nestle sebelum ini terbabit dalam menaja program bakat muda kalangan kanak-kanak selama empat tahun namun memilih untuk menamatkan program antarabangsanya dengan serta merta.

Nestle dalam kenyataannya menyebut bahawa keputusan berkenaan diputuskan selepas mengambil kira publisiti buruk dihadapi IAAF yang didakwa dengan isu rasuah dan skandal doping. – Agensi