Nestle: Ujian mi Maggi selamat

Nestle: Ujian mi Maggi selamat

MUMBAI, 16 Okt (AFP) – Nestle mengatakan hari ini, ujian makmal yang diarahkan oleh mahkamah India telah mendapati mi Maggi popularnya adalah selamat untuk dimakan, membuka laluan bagi pengembaliannya di pasaran berikutan tegahan kerajaan.

Pemerhati keselamatan makanan India mengharamkan mi berkenaan pada Jun, mengatakan paras plumbum melebihi had berkanun. Namun Mahkamah Tinggi Bombay, badan kehakiman tertinggi di bandar barat yang dikenali sebagai Mumbai, memerintahkan ujian baru setelah dua bulan kemudian.

“Kesemua 90 sampel, meliputi enam varian, diuji oleh makmal-makmal ini adalah bersih daripada plumbum di bawah had yang dibenarkan,” unit India bagi syarikat makanan gergasi Switzerland, dalam satu kenyataan.

Nestle India, yang meneruskan penjualan produknya di negara lain, menambah bahawa ia berharap untuk menggembalikan jenama itu ke kedai-kedai India secepat mungkin, mengatakan ia ‘sering mengekalkan yang mi Maggi adalah selamat’.

“Dengan mematuhi arahan Mahkamah Tinggi Bombay Hon’ble., kami kini akan memulakan pengilangan dan akan memulakan penjualan hanya selepas produk pembuatan baru juga diperiksa oleh tiga makmal yang ditugaskan,” menurut kenyataan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA