Netanyahu akan kunjungi Rumah Putih

Netanyahu akan kunjungi Rumah Putih

WASHINGTON, 17 Sept (AFP) – Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama akan menghoskan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Rumah Putih pada 9 November – pertemuan pertama mereka selepas pertikaian hebat berhubung perjanjian nuklear Iran.

Mesyuarat bagi memulihkan hubungan itu diumumkan oleh Rumah Putih semalam, muncul ketika hubungan AS-Israel semakin hambar dalam beberapa dekad.

Obama dan Netanyahu – selepas bertahun-tahun hubungan peribadi yang mendingin – bertikai mengenai persetujuan yang akan memberi Iran pengurangan sekatan sebagai balasan bagi mengekang program nuklearnya.

Pemimpin Israel itu dengan lantang menentang perjanjian tersebut, yang diperjuangkan teguh oleh Obama sebagai cara terbaik mencegah Tehran daripada menghasilkan senjata nuklearnya.

Pentadbiran AS menunjukkan bahawa mesyuarat itu boleh menjadi lebih tegang yang disebabkan oleh tentangan lantang Netanyahu kepada perjanjian itu dan fokus dalam mendapatkan sokongan Israel ke atas implementasinya.

“Lawatan perdana menteri Netanyahu adalah pembuktian bagi ikatan kukuh dan kekal antara Amerika Syarikat dan Israel,” kata jurucakap Rumah Putih, Josh Earnest.