Netanyahu akan temui Merkel di Berlin

Netanyahu akan temui Merkel di Berlin

BERLIN, 2 Okt (AFP)– Canselor Jerman, Angela Merkel akan menghoskan Pemimpin Israel, Benjamin Netanyahu pada Khamis depan bagi satu rundingan, sebagai sebahagian daripada mesyuarat tahunan biasa bagi kabinet kedua-dua negara itu.

Dua pemimpin akan mengadakan rundingan bilateral sebelum menyertai satu pleno bersama menteri-menteri dari kedua-dua belah pihak, dalam apa yang dikatakan akan menjadi mesyuarat keenam.

“Konsultasi kerajaan” ini adalah satu format yang Jerman ada hanya bersama beberapa buah negara-negara termasuk India dan China.

Jerman dilihat meluas sebagai sekutu Eropah paling kukuh Israel namun hubungan mereka menjadi tegang beberapa tahun kebelakangan.

Netanyahu dengan kuat menentang perjanjian yang dimeterai antara enam kuasa dunia termasuk Jerman dan Iran bagi menamatkan ketegangan 13 tahun berhubung program nuklear republik Islam.

Sementara itu, Merkel sering menyertai para pemimpin Barat dalam mengkritik penempatan Israel di Tebing Barat.