Netanyahu mula lawatan ke Afrika

Netanyahu mula lawatan ke Afrika

ENTEBBE, Uganda, 4 Julai – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tiba di Uganda hari ini bagi lawatan empat hari di sub-Sahara Afrika, mencari rakan kongsi perdagangan baru dan menandakan ulang tahun ke-40 bagi penyelamatan tebusan yang mana abangnya telah terkorban.

Dalam satu kenyataan sebelum pemergiannya, Netanyahu mengelar lawatan pertama daripada pemimpin Israel ke rantau dalam masa beberapa dekad sebagai ‘bersejarah’.

Dia dijangka mendarat di Uganda sekitar jam 1 petang (1000 GMT).

Lawatan itu muncul pada ketika Israel telah melancarkan pakej bantuan sebanyak AS$13 juta bagi memperkukuhkan hubungan ekonomi dan kerjasama dengan negara-negara Afrika, kata pejabat Netanyahu.

Israel juga akan membekalkan negeri-negeri Afrika dengan latihan dalam ‘keselamatan domestik’ dan kesihatan, ujarnya.

Selepas Uganda, Netanyahu akan berkunjung ke Kenya, Etiopia dan Rwanda, namun dia juga akan bertemu dengan para pemimpin Afrika lain pada sidang kemuncak di Uganda. – AFP