Netanyahu temui Putin bimbang tentang Syria

Netanyahu temui Putin bimbang tentang Syria

BAITULMUQADDIS, 21 Sept (AFP) – Perdana Menteri Benjamin Netanyahu terbang ke Moscow hari ini untuk mendapatkan jaminan semula dari Presiden Vladimir Putin tentang pengerahan ketenteraan Rusia di Syria dan melahirkan kebimbangan Israel tentang risiko senjata yang sampai ke tangan militan di sempadannya.

Netanyahu ditemani ketua-ketua perisikan dan tenteranya dalam langkah luar biasa dalam lawatan luar negara yang Israel katakan akan memfokuskan ke atas tindakan Rusia di negara yang dilanda perang itu.

“Ia adalah amat penting untuk datang ke sini bagi memastikan kedudukan kami dan melakukan segala-galanya bagi mengelak perselisihan faham antara tentera kami,” kata Netanyahu pada permulaan mesyuarat itu.

Dengan kapal terbang pejuang sebahagian dari pengukuhan pesat Rusia, Israel bimbang dengan ancaman senjata api dengan sengaja didagangkan dengan pasukan tentera Rusia, terutamanya sejak ia melancarkan serangan udara ke atas para militan di selatan Syria dan para pejuang Lubnan Hizbullah yang disyaki menyeludup senjata api.

Bekas penasihat strategik kepada Netanyahu berkata pemimpin Israel akan berusaha menyelesaikan ‘peraturan asas’ dengan Putin tentang mengelak pertempuran seumpama itu.

Amerika Syarikat (AS), yang bersama-sama sekutunya telah melancarkan misi terbang ke atas para pemberontak Kumpulan Islamic State (IS) di Syria, juga mengadakan rundingan yang digelar ‘rundingan menyelesaikan konflik’ dengan Rusia.

“Ia berpokok kepada Israel dan Rusia untuk menyetujui had untuk mentakrifkan kawasan-kawasan operasi di Syria atau malah mereka terbang di siang hari dan kami terbang di malam hari,” kata bekas penasihat yang merahsiakan identitinya.

Antara kebimbangan Israel ialah kapal terbang perang Israel mungkin menghadapi sistem anti pesawat udara yang dikendali Rusia atau malah jet-jet yang diterbangkan Rusia.