Netcom lancar computer Dell terbaru

Netcom lancar computer Dell terbaru

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mac – Netcom Computer House selaku pengedar jenama Dell yang dibenarkan di Brunei, hari ini, telah melancarkan komputer riba ultra mudah alih 11 inci terbaru yang menampilkan Wi-Fi pantas dan berjarak jauh serta jangka hayat bateri yang lama.

Dell Inspiron 11 3162 dilengkapi dengan paparan skrin 11.6 inci dengan resolusi 1,366 x 768 dan dikuasakan dengan pemproses Intel Pentium N3700 Braswell dengan RAM 4GB dan cekera keras 500GB dalam reka bentuk tanpa kipas dan papan kekunci, dilindungi daripada sebarang situasi.

Komputer riba berkenaan menyokong Wi-Fi 802.11 ac berkelajuan tinggi, terdapat port USB 3.0, USB 2.0, HDMI dan slot kad microSD.

Dengan hayat bateri 10 jam, komputer riba mudah alih ultra ini bersedia untuk menangani apa-apa pengembaraan. Ia terdapat dalam pilihan warna biru, merah dan putih dan didatangkan tersedia dengan Windows 10.

Sempena pelancarannya ini, pelanggan berpeluang memiliki notebook tersebut pada harga istimewa dan tetikus optik Dell WM126 dengan beg Dell Topload secara percuma serta jaminan selama dua tahun, yang mana promosi ini hanya akan diadakan sehingga 21 Mac 2016 ini sahaja.

Komputer riba jenama Dell yang baru dilancarkan oleh Netcom Computer House.
Komputer riba jenama Dell yang baru dilancarkan oleh Netcom Computer House.

Dell Inspiron baru ini boleh didapati di kesemua cawangan Netcom di seluruh negara dan di dua Jabatan IT di Hua Ho Yayasan dan Hua Ho Manggis.

Dalam pada itu, Netcom Computer kini sedang menawarkan promosi bagi Microsoft Office 2016 yang berlangsung sehingga 30 April depan.

Menerusi promosi itu, pelanggan bukan sahaja berpeluang mendapatkan Microsoft Office Home & Student 2016 Retail Pack untuk satu pengguna pada harga yang menarik malah menerima USB Pen Drive 16GB jenama Verbatim dan pemasangan perisian serta pelekat Microsoft Office secara percuma.

Di samping itu, pelanggan yang membeli mana-mana Notebook atau Desktop pada harga hanya $139 akan mendapat pen drive USB Verbatim, pemasangan perisian Microsoft dan pelekat percuma.

Pengurus Produk Netcom, Haji Mohammad Hassan berkata, kini pelanggan mengetahui akan kepentingan dan faedah mempunyai perisian tulen dan Netcom hanya menjual dan memasang produk-produk Microsoft yang 100 peratus tulen.

“Permintaan produk-produk tulen Microsoft daripada orang ramai kini telah meningkat”.

Menurutnya lagi, Netcom mempunyai sekumpulan profesional diiktiraf Microsoft dalam menyediakan bantuan teknikal yang diperlukan kepada pelanggan yang membeli perisian tulen daripada Netcom.

Perisian lain yang turut ditawarkan ialah Microsoft Office Home & Student untuk Mac, Home dan Business, Windows 10 Home, Windows 10 Pro dan banyak lagi.

ARTIKEL YANG SAMA